Kenali Kami

Asrama Putera SMK Tinggi Batu Pahat merupakan asrama tertua di negeri Johor. Kerja pembinaannya dijalankan pada tahun 1968 dan selesai pada tahun 1969. Ia merupakan hasil ilham En. K. M. Mathai. Tahun pertama pembukaannya seramai 53 orang dan bertambah menjadi 65 orang pada tahun berikutnya kerana kemasukan pelajar tingkatan enam ke asrama. Sehinggalah ke tahun 1981, pelajar asrama bertambah seramai 205 orang. Asrama ini juga telah melahirkan ramai artisan dan profesional. Begitu juga dengan jaguh – jaguh sukan yang mewakili negara hingga ke peringkat ASEAN.

Lagu

Peta

Piagam Pelanggan

Visi, Misi, Objektif  & Moto